Friday, January 29, 2010

2010 yang lebih akrab dan bersepadu

Alhamdullillah.. 2009 berlalu dengan seribu kenangan yang indah dan mencabar. Kebanyakan program dan aktiviti yang dijalankan di tahun lepas berjalan dengan lancar dan memuaskan. Terima kasih di atas kerjasama dan sokongan Jawatankuasa dan ahli serta warga panelex. Walaupun terdapat beberapa aktiviti yang terpaksa kita tangguh oleh kekangan masa dan bajet namun Insya Allah pada tahun ini kita akan teruskan aktiviti tersebut.

Memula lebaran 2010 dua aktiviti telah kita laksanakan. Apa yang menarik dan mengujakan adalah aktiviti ini kita jalinkan dengan kerjasama dari JK KRT dan JKKK Panelex dalam suasana yang cukup menyenangkan. Mudah-mudahan permulaan yang baik ini akan kita teruskan dan menjadikan Taman Perumahan Panelex sebagai satu wadah untuk kita terus menerajui masa hadapan yang mencabar ini. Usahlah kita menoleh ke belakang.. Kita jernihkan suasana dan terus memacu kehadapan dengan membawa harapan untuk membina bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

No comments:

Post a Comment