Thursday, July 16, 2009

Langkah-langkah pencegahan Influenza A (H1N1)

INFLUENZA A PEMBUNUH SENYAP

Amalkan kebersihan diri bagi lindungi keluarga.

Sejak kebelakangan ini, Influenza A (H1N1) menjadi perkara yang mengancam nyawa kepada seluruh masyarakat dunia. Wabak yang meletus ini semakin mencemaskan dengan peningkatan kes yang agak ketara.

Pada peringkat ini, amat penting bagi masyarakat umum mengambil langkah berjaga-jaga terhadap ancaman ini di samping membina kesedaran mengenai langkah keselamatan yang boleh diambil bagi mencegahnya daripada merebak.

Sebagaimana yang diketahui,pada peringkat ini, wabak H1N1 menyebabkan penyakit sukar untuk bernafas disebabkan oleh sejenis virus baru hasil campuran dua jenis virus iaitu virus babi dengan unsur genetik manusia dan burung yang mampu menjangkiti orang lain. Tanda awal H1N1 ialah seperti selsema, termasuk demam, batuk, sakit kepala, sakit otot dan lenguh-lenguh sendi, sakit tekak dan hidung berair dan kadangkala muntah serta cirit-birit.

Penyakit itu mula merebak apabila mereka yang dijangkiti menggunakan tangan untuk menutup mulut ketika batuk atau bersin, kemudian menyentuh sebarang permukaan, atau bila titisan-titisan air tersebar ke udara. Mereka yang tidak dijangkiti kemungkinan menyedut udara yang sudah tercemar, atau menyentuh tangan mereka yang dijangkiti atau permukaan yang tercemar lalu terdedah kepada penyakit berkenaan.

Bagi mencegah ia daripada merebak, seseorang itu perlu sentiasa mengekalkan kebersihan yang sewajarnya; sebagai contoh, tutup mulut atau hidung ketika batuk atau bersin dengan tisu atau dengan tangan kemudian buang tisu itu segera dan sentiasa cuci tangan dengan sabun antibakteria atau air.

Amalkan sentiasa mencuci tangan dengan sabun antibakteria dan air daripada hanya membilasnya dengan air semata-mata. Elakkan berada di tempat yang terlalu sesak dan kekalkan pengalihan udara disamping penjagaan kebersihan diri yang baik dan optimum sepanjang masa.

Selain daripada mencucui tangan dengan kerap, mandi dengan menggunakan pencuci badan antibakteria selepas pulang ke rumah juga adalah langkah mudah yang boleh diambil bagi mengelakkan daripda membawa pulang kuman dan bakteria berbahaya kepada keluarga anda.

Antara tanda yang perlu diteliti di kalangan kanak-kanak:

Sukar bernafas atau sesak nafas

Bibir berubah menjadi biru

Sering keletihan atau tudak mampu bergerak

Kejang pada bahagian leher

Kelihatan keliru

Mengalami sawan atau kekejangan

Tidak membuang air kecil selama 12 jam

Antara tanda di kalangan orang dewasa:

Demam berlanjutan selama lebih lima hari
Batuk tanpa mengeluarkan kahak
Sukar untuk bernafas, walaupun ketika sedang berehat
Sakit dada ketika bernafas
Bibir berubah menjadi biru
Demam yang berulang-ulang dan sesak nafas walaupun kelihatan seperti telah sembuh.
Pengsan

Bersihkan tangan bagi mencegah jangkitan H1N1

1. Ratakan sabun ke telapak tangan

2. Gosok secara menyeluruh sehingga ia berbuih.

3. Sental di antara celah jejari kerana kawasan ini dikenali sebagai 'tempat paling digemari'oleh kuman.

4. Sental setiap jari pada tapak tangan sehingga ia bersih.

5. Gosok belakang tangan dan juga pergelangan tangan anda.

6. Akhir sekali, bilas secara rata dengan air bersih dan keringkan dengan kain bersih atau tisu.

(Petikan diatas dipaparkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia)

PETI SURAT - POST BOX ... untuk posto

Pohon kerjasama semua warga panelex supaya dapat menyediakan PETI SURAT yang sepatutnya agar urusan penghantaran surat dapat dilaksanakan dengan sempurna. Daripada tinjauan yang dibuat terdapat rumah-rumah yang peti suratnya telah uzur dan perlu diganti dengan yang baru malah terdapat juga rumah yang tiada peti surat. Kerjasama dan keprihatinan anda dalam hal ini amatlah dihargai untuk kebaikan bersama. Murah aje.. kat Mydin ada...

AKTIVITI KRT AKAN DATANG - NEXT CHANGE

1. Hari keluarga Taman Panelex – tempat akan dimaklumkan kemudian (sekitar Kuantan) – tarikh antara November – Disember 2009.
2. Ceramah Kesihatan untuk muslimah pada 26 Julai 2009 bertempat di ruang legar Surau Panelex bermula jam 8.00 pagi - 11.00 pagi. Penceramah jemputan dari Pejabat Kesihatan Kemaman. Topik : i. Kanser payudara dan pencegahan ii. Kanser rahim dan pencegahan.
Pemeriksaan kesihatan percuma....
3. Pertandingan Futsal Tertutup Panelex bawah 17 dan bawah 12 – 1 Ogos 2009.
4. Bubur Lambuk + Solat Hajat dan bacaan yassin untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM - tarikh cadangan pada 14 Ogos 2009 bertempat di Surau Panelex.
5. Majlis berbuka puasa - minggu kedua bulan Ramadhan.
6. Majlis Aidil Fitri – minggu kedua bulan Syawal
7. Majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Biro Tunas Jiran – November 2009

PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP KRT PANELEX 2009

PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP KRT PANELEX 2009
Anjuran BIRO Jiran Muda KRT Taman Panelex.
Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori;
1. Peringkat Sekolah Menengah ( 13 – 17 tahun)
2. Peringkat Sekolah Rendah ( 7 – 12 tahun)

Tarikh pertandingan : 1 Ogos 2009
Tempat pertandingan: Padang Awam Taman Panelex
Setiap pasukan mengandungi 8 orang peserta dan yuran pendaftaran sebanyak RM 20.00 dikenakan untuk setiap pasukan. Sila dapatkan borang penyertaan dan keterangan lanjut daripada ketua Jiran Muda En. Johari (019-9108866) Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 25 Julai 2009.