Sunday, May 31, 2009

PERSIAPAN JAMUAN MAJLIS MAULIDUR RASUL 1430H


Persiapan Jamuan untuk Majlis Maulidur Rasul 1430H diadakan secara gotong royong oleh kaum wanita Taman Panelex yang di ketuai oleh Biro Jiran Wanita KRT Taman Panelex pada sebelah siang di perkarangan rumah Pengerusi KRT Taman Panelex Kerteh.

MAJLIS MAULIDUR RASUL 1430H






Satu Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430H telah diadakan pada 11 Mac 2009 bertempat di Surau Taman Panelex Kerteh. Majlis tersebut dianjurkan oleh Biro Usia Emas KRT Taman Panelex dengan kerjasama JKKK Perumahan Panelex dan Persatuan Penghuni Perumahan Panelec (4P).
Majlis diserikan dengan bacaan rawi, tazkirah, marhaban dan tahlil.

URUSETIA PROGRAM PERKHEMAHAN KANAK-KANAK DAN REMAJA PANELEX 2009


Warga Urusetia Program Perkhemahan Kanak-kanak dan Remaja Panelex 2009 yang diadakan pada 24 April 2009 hingga 25 April 2009 di Padang Taman Panelex Kerteh.
Berdiri (Kiri ke Kanan):En. Mat Noor Ismail (Penolong Setiausaha KRT); En Azhan Abdullah; En Mohd Latif Othman; En Johari Harun (Ketua Biro Jiran Muda); En Mohamad Abdullah (Ketua Biro Usia Emas) dan En Wan Roslan Wan Zaki (Setiausaha KRT).
Duduk (Kiri ke Kanan): Pn Zuridah Bujang; Pn Salmah Mat Lazim; Pn Noor Hayati Mokhtar (Ketua Biro Jiran Wanita); En Abdul Rahman Hj Kiprawi (Pengerusi KRT); Pn Norainiah Hussaini; Pn Wan Rosnani Wan Daud dan Pn Khazaiah Ibrahim

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH UNTUK MUSLIMAH









Pada 7 Mac 2009, Biro Jiran Wanita KRT Taman Panelex Kerteh telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Untuk Muslimah Taman Panelex Kerteh bertempat di Surau Taman Panelex Kerteh. Objektif penganjuran adalah untuk memdedahkan betapa penting Fardhu Kifayah di kalangan muslimah setempat dan seterusnya untuk mengeratkan silaturrahim. Tenaga pengajar ialah Ustazah Hjh Fatimah (Che Ngah). Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup telah di sempurnakan oleh Cik Azlinda Hariani Zaidi (Pegawai Perpaduan Daerah Kemaman).

Yang uniknya ialah segala persiapan jamuan untuk majlis tersebut telah disediakan oleh AJK lelaki KRT Taman Panelex Kerteh, yang diketuai oleh Ketua Biro Usia Emas, En. Mohamad Abdullah.

TEMASYA SUKAN TABIKA PERPADUAN DAERAH KEMAMAN









Satu Temasya Sukan Tabika Perpaduan Daerah Kemaman telah diadakan pada 24 Mei 2009 di Padang Astaka Kemaman. Temasya tersebut adalah anjuran bersama Pejabat Perpaduan Daerah Kemaman, Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan dan Kawasan Rukun Tetangga Daerah Kemaman (KRT yang mempunyai Tabika Perpaduan). Sebanyak 14 buah tabika dari 12 KRT di daerah Kemaman turut serta. Pelbagai acara telah diadakan termasuk acara tarik tali antara KRT yang terbabit. Cabutan bertuah juga diadakan. Turut memeriahkan Temasya tersebut ialah En Wan Ahmad Rizal (Timbalan Pengarah JPNIN Terengganu); Pn Masturul Janah (Pegawai Perpaduan Daerah Kemaman). Majlis penutupan Temasya telah disempurnakan oleh Tn Hj Mohamad Kamil Othman (Pegawai Daerah Kemaman).

Tabika Perpaduan Taman Panelex Kerteh & KRT Taman Panelex Kerteh (Biro Tunas Jiran) turut serta dalam Temasya ini.

HARI IBU


Pada 16 Mei 2009, satu Majlis Memotong kek Sempena Hari Ibu telah diadakan di Rumbia Resort, Paka. Acara tersebut adalah kejutan untuk para ibu-ibu yang menghadiri Seminar Keamanan Sejagat dan Jalinan Kasih. Majlis tersebut diketuai oleh isteri Pengerusi KRT Taman Panelex Kerteh, Puan Zuridah Bujang.

Friday, May 29, 2009

SEMINAR KEAMANAN SEJAGAT & JALINAN KASIH







KRT Panelex (Biro Usia Emas) telah menganjurkan satu Seminar Keamanan Sejagat dan Jalinan Kasih pada 16 Mei 2009 di Rumbia Resort Paka. Program telah dihadiri oleh pasangan suami isteri dari kalangan warga Taman Panelex. Tujuan Seminar adalah untuk menyedarkan bertapa pentingnya keamanan dan jalinan kasih sayang di kalangan keluarga, masyarakat dan dunia. Penceramah terdiri dari pada Pengerusi Global Peace Federation (Dr. Yoo Chong Young dari Korea) dan En Urdesh. Kertas kerja yang dibentangkan ialah "Original Idea of Peace" dan "Marriage & Family as Cornerstone for Peace". Satu tayangan video berjudul "The Quest For Peace" juga ditayangkan kepada peserta seminar.

Monday, May 25, 2009

Aktiviti KRT Panelex sepanjang tahun 2009

Aktiviti sepanjang tahun:
Kelas Fardu Ain Muslimah diadakan setiap Ahad di Surau Taman Panelex dari jam 5.00 hingga 6.00 petang. Semua muslimah Taman Panelex di jemput hadir.
Jom G Jogging setiap Sabtu jam 6.45 pagi. Tempat berkumpul di Padang Panelex. Biro Jiran Wanita mengundang semua wanita Taman Panelex menyertainya untuk menjaga kesihatan wanita sejagat sambil kuruskan badan. Slim Melim jadinya... gua caya lu...
Pejabat Kesihatan Daerah Kerteh menjemput semua warga Kerteh menyertai program kesihatan komuniti seperti berikut:
Gymnasium Rakyat – setiap Ahad jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.
Permainan WoodBall – setiap Sabtu jam 4 ptg.

PERKHEMAHAN KANAK-KANAK DAN REMAJA KRT PANELEX 2009.
















Alhamdullillah... Perkhemahan Kanak-Kanak dan Remaja KRT Panelex anjuran Biro Jiran Muda telah berlangsung pada 23 dan 24 April 2009 di Padang Awam Taman Panelex. Pada mulanya pihak penganjur hanya mensasarkan 50 peserta untuk perkhemahan ini tetapi olehkerana sambutan yang amat menggalakkan jumlah penglibatan meningkat kepada 88 orang peserta termasuk 8 peserta yang merayu untuk menyertai pada saat-saat akhir pada sesi pendaftaran hari perkhemahan.

Penglibatan ibubapa peserta dalam membantu para peserta mendiri dan menghias khemah amat teruja, disamping peserta-peserta perkhemahan yang cukup sporting dan berdisiplin menjadikan aktviti berjalan dengan lancar dan sempurna.

Berbagai aktiviti telah dirangka bagi mengisi slot perkhemahan 2 hari satu malam ini. Antaranya adalah aktiviti suaikenal, aktiviti permainan dalam yang berfokus kepada permainan tradisional seperti congkak, batu seremban dan karom. Terdapat juga aktiviti padang seperti galah panjang, ketingting, baling tin dan kunda kundi. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mendedahkan kepada peserta kanak-kanak dan remaja panelex untuk mengetahui bentuk dan bagaimana permainan tradisional ini dimainkan oleh generasi terdahulu agar ianya tidak lekang dek zaman.
Jawatankuasa penganjur merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini.








Koleksi Buku Terpakai

Biro Tunas Jiran merangkap Biro Pendidkan ingin mengumpul buku-buku terpakai sebagai langkah permulaan untuk mewujudkan perpustakaan mini KRT Panelex. Untuk itu pohon kerjasama semua warga panelex supaya dapat menyumbang buku-buku terpakai anda bagi tujuan tersebut. Sumbangan boleh dibuat dengan menghantar terus buku tersebut kepada setiausaha KRT di alamat 493, Lorong Sepakat 9, atau hubungi Sharifah Asiah Syed Othman (019-9150820) atau Wan Roslan Wan Zaki (019-9151201) ”Reading is like jogging...... It execises your mind”.

Kelab Futsal KRT Panelex

Bagi mengisi waktu dan mengaktif kegiatan riadah warga muda Taman Panelex, KRT Panelex bercadang untuk menubuhkan kelab berikut:

Kelab FUTSAL KRT Panelex:

1. KRT Panelex FC (bawah 18)
2. KRT Panelex FC junior (bawah 12)

Kelab Bola Jaring bawah 18 dan bawah 12.

Sesiapa berminat sila hubungi:

Wan Roslan – 493, Lrg. Sepakat 9 (019 9151201)
Insya Allah latihan untuk kedua-dua kelab di atas akan bermula pada pertengahan bulan Jun nanti. Daftarlah segera untuk menempatkan diri anda dalam pasukan utama.