Sunday, August 30, 2009

Penerangan 1Malaysia - JPNIN sasar 72,800 anggota SRS

KOTA BHARU, 30 Ogos (Bernama) – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional mensasarkan 72,800 anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara untuk diberi penerangan konsep
1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azman Amin Hassan berkata pembabitan anggota SRS di KRT seluruh negara itu penting agar matlamat kerajaan untuk menterjemahkan konsep 1Malaysia itu sampai ke peringkat akar umbi.

Menurutnya, jabatan itu dengan kerjasama Jabatan Penerangan sedang mencari pendekatan yang sesuai untuk sama-sama turun padang bagi mempercepatkan kefahaman masyarakat mengenai konsep yang baru diperkenalkan kerajaan menerusi kepimpinan
Perdana Menteri keenam itu.

“Kami akan menggerakkan jentera melalui anggota SRS di semua KRT di seluruh negara untuk menterjemahkan konsep 1Malaysia itu agar ia sampai kepada golongan sasar di peringkat akar umbi,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa sempena penyampaian hadiah pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Rukun Tetangga Negeri Kelantan 2009 di sini, malam tadi.

Beliau turut menyampaikan cek pampasan skim insurans berkelompok kepada tiga keluarga anggota SRS yang meninggal dunia dan terlibat dalam kemalangan tahun lalu.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Datuk Shukri Mohd Salleh dan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kelantan, Abdul Hadi Salleh.

Azman Amin berkata, masyarakat kini perlu didedahkan dengan pengetahuan dan maklumat mengenai sesuatu dasar kerajaan menerusi konsep yang baru diperkenalkan seperti 1Malaysia agar tidak dikelirukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Justeru kita mencari pendekatan dengan kerjasama Jabatan Penerangan turun padang bagi menjelaskan apa yang maksudkan kerajaan menerusi konsep itu seperti “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, jabatannya sudah membayar pampasan berjumlah RM1.3 juta menerusi skim insurans Takaful berkelompok kepada anggota yang terlibat dalam kemalangan sejak skim itu dilancarkan 1 Januari 2007.

Menurutnya, sejak Januari hingga Julai lalu, pihaknya mengendalikan 300 tuntutan bayaran pampasan kepada anggota SRS termasuk 17 kes melibatkan kematian di seluruh Negara.

Menerusi skim insurans takaful berkelompok itu seseorang anggota SRS yang meninggal dunia dibayar pampasan sebanyak RM20,000, manakala mereka yang terlibat dalam kemalangan dibayar bergantung kepada kecederaan. - Bernama

Thursday, August 20, 2009

AWASI VIRUS H1N1

PANDUAN PENJAGAAN DI RUMAH
- Mereka yang berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema dinasihatkan berada di rumah. Jangan ke tempat kerja, sekolah atau tempat awam.
- Sepanjang di rumah, makan ubat atau paracetamol mengikut dos disyorkan, berehat secukupnya, minum banyak bagi mengelak dehidrasi seperti air mineral, isotonik, jus buah-buahan atau sup dan bubur.
- Makan secara sihat, lakukan aktiviti fizikal serta pastikan pengudaraan dalam rumah sempurna.
- Pesakit dan ahli keluarga perlu elak jangkitan di rumah dengan gunakan tisu atau sapu tangan ketika batuk atau bersin, cuci tangan dengan sabun serta buang tisu yang sudah digunakan ke dalam tong sampah.
- Pesakit dan ahli keluarga tidak boleh berkongsi peralatan peribadi termasuk pinggan mangkuk, pakaian, tuala, cadar serta selimut dan semua barangan itu perlu dicuci dengan sabun dan air.
- Pesakit dan ahli keluarga jangan meninggalkan rumah sehingga sembuh yang lazimnya tujuh hari, tinggal di bilik berasingan serta menjarakkan diri dengan ahli keluarga berisiko sekurang-kurangnya satu meter.
- Jika terpaksa keluar rumah, contohnya bagi mendapatkan rawatan, pesakit dan ahli keluarga perlu memakai penutup mulut dan hidung selain kerap membasuh tangan. Panduan penilaian tahap kesihatan.
- Segera mendapatkan rawatan di hospital jika alami masalah pernafasan seperti sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi lebam atau biru, batuk berdarah atau kahak berdarah.
- Sakit dada berterusan, cirit-birit atau muntah yang kerap, demam berterusan melebihi tiga hari atau demam berulang selepas tiga hari pulih, berkelakuan luar biasa, keliru, kurang responsif terhadap rangsangan atau sawan, pening apabila berdiri dan kurang buang air kecil.
- Individu yang berisiko tinggi ialah kanak-kanak berusia lima tahun, warga emas berusia 65 tahun ke atas, kanak-kanak dan remaja kurang 19 tahun yang mengambil aspirin untuk tempoh rawatan jangka panjang dan wanita hamil.
- Turut berisiko, orang dewasa yang mempunyai penyakit seperti asma, sakit paru-paru kronik, kegagalan fungsi organ, kardiovaskular, penyakit hati, sistem darah, saraf dan gangguan metabolik seperti diabetes.
- Orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai daya ketahanan rendah, termasuk alah kepada ubat tertentu, kanse dan HIV, penghuni pusat penjagaan kesihatan serta fasiliti penjagaan kesihatan kronik serta individu mempunyai berat badan berlebihan.

*Dipetik dari akhbar Harian Metro - 7/8/2009

BACAAN YASSIN & SEMBAHYANG HAJAT







Biro Jiran Muda & Biro Tunas Jiran KRT Taman Panelex Kerteh telah menganjurkan Program Bacaan Yassin & Sembahyang Hajat untuk anak-anak warga Panelex yang akan memduduki perpriksaan UPSR, PMR & SPM 2009. Majlis tersebut diketuai oleh Ustaz jemputan (Ustaz Huzaifa), turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi JKKK Perumahan Panelex & AJK dan juga warga Panelex. Ustaz juga menyampaikan tazkirah ringkas. Semasa majlis jamuan, pihak KRT Taman Panelex telah menyampai saguhati kepada murid-murid yang akan menempuh perpriksaan yang di sampaikan oleh Pengerusi KRT Taman Panelex Kerteh (Encik Abdul Rahman Hj Kiprawi).....WARGA KERJA KRT TAMAN PANELEX KERTEH MENGUCAPKAN SEMOGA SUKSES.......

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK








Satu Majlis Memasak Bubur Lambuk telah diadakan pada 14 Ogos 2009 di perkarangan rumah Pengerusi KRT Taman Panelex Kerteh anjuran bersama Biro Jiran Wanita & Biro Jiran Warga Emas. Program bermula pada jam 4.00 petang, dimana program tersebut dijalankan secara gotong royong bersama warga Taman Panelex.

Monday, August 10, 2009

Thursday, August 6, 2009

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMPUK

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sajetheraan dan Salam Perpaduan,

KRT Taman Panelex Kerteh akan menganjurkan Program Memasak Bubur Lampuk sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada 14 Ogos 2009. Aktiviti tersebut akan bermula pada sebelah pagi hingga ke malam.

SENARAI AJK KRT TAMAN PANELEX 2009 - 2010

Monday, August 3, 2009

PERTANDINGAN MERWARNA








KRT Taman Panelex Kerteh melalui Biro Tunas Jiran dengan kerjasama pihak JPTP & Guru-guru Tabika Panelex telah menghantar murid-murid dari Tabika Perpaduan Panelex untuk menyertai Pertandingan Mewarna anjuran Perpustakaan Awam Kerteh yang diadakan di halaman Perpustakaan Awam Kerteh.

KEJOHANAN FUTSAL KRT TAMAN PANELEX 2009











Biro Jiran Muda KRT Taman Panelex Kerteh telah menganjurkan satu Kejohanan FUTSAL 2009 Peringkat Sekolah Rendah & Sekolah Menengah pada 01 Ogos 2009 (Sabtu), bertempat di Padang Awam Taman Panelex. Seramai 4 pasukan untuk Sekolah Rendah dan 3 pasukan untuk Sekolah Menengah menyertai temasya ini. Kejohanan ini dianjurkan adalah untuk mengenal pasti dan membuat pemilihan pemain-pemain yang akan mewakili KRT Taman Panelex dalam mana-mana kejohanan yang akan dianjurkan. Satu perlawanan persahabatan diantara AJK KRT Taman Panelex dan AJK JKKK Perumahan Panelex telah diadakan sebelum perlawanan akhir.Majlis Penutupan Rasmi dan Penyampaian hadiah telah di sempurnakan oleh Pengerusi KRT Taman Panelex (Encik Abdul Rahman Hj Kiprawi) yang mewakili Pegawai Perpaduan Daerah Kemaman (Puan Masturul Jannah Binti Rashid).

Keputusan Perlawanan Akhir:
- Peringkat Sekolah Menengah
- Johan : Perkida FC
- Naib Johan : Yong FC

- Peringkat Sekolah Rendah
- Johan : MSSM Kemaman
- Naib Johan : TRIO FC

PROGRAM BACAAN SURAH YASIN









KRT Taman Panelex Kerteh melalui Biro Jiran Wanita telah menjalankan aktiviti Bacaan Surah Yasin dari rumah ke rumah di kawasan Taman Panelex. Aktiviti ini dijalankan sebanyak 2 kali sebulan sepanjang tahun. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan silaturrahim, kerjasama dan perpaduan di kalangan penghuni Taman Panelex. Selain aktiviti ini, Jiran Wanita juga menjalankan aktiviti seperti Kelas Marhaban dan Kelas Memasak untuk wanita di Taman Panelex. Bagi Kelas Marhaban, sessi latihan di adakan di Surau Taman Panelex dan Kelas Memasak di adakan di pekarangan rumah Pengerusi KRT Taman Panelex. Jiran Wanita juga bekerjasama dengan Jiran Wanita KRT-KRT di sekeliling seperti KRT Kg Baru Kerteh dan KRT Pekan Kerteh dalam aktiviti-aktiviti seperti menjadi tenaga pengajar untuk aktiviti memasak.Aktiviti yang di rancangkan dalam masa panjang ialah aktiviti ekonomi, dimana Jiran Wanita KRT Taman Panelex akan mengeluarkan produk yang akan menjanakan sumber kewangan bagi Jiran Wanita Taman Panelex. Jiran Wanita Taman Panelex menyahut saranan kerajaan supaya satu kampung satu produk. Jadi untuk KRT Taman Panelex, slogan kita sarankan ialah "SATU KRT SATU PRODUK".....