Thursday, August 20, 2009

AWASI VIRUS H1N1

PANDUAN PENJAGAAN DI RUMAH
- Mereka yang berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema dinasihatkan berada di rumah. Jangan ke tempat kerja, sekolah atau tempat awam.
- Sepanjang di rumah, makan ubat atau paracetamol mengikut dos disyorkan, berehat secukupnya, minum banyak bagi mengelak dehidrasi seperti air mineral, isotonik, jus buah-buahan atau sup dan bubur.
- Makan secara sihat, lakukan aktiviti fizikal serta pastikan pengudaraan dalam rumah sempurna.
- Pesakit dan ahli keluarga perlu elak jangkitan di rumah dengan gunakan tisu atau sapu tangan ketika batuk atau bersin, cuci tangan dengan sabun serta buang tisu yang sudah digunakan ke dalam tong sampah.
- Pesakit dan ahli keluarga tidak boleh berkongsi peralatan peribadi termasuk pinggan mangkuk, pakaian, tuala, cadar serta selimut dan semua barangan itu perlu dicuci dengan sabun dan air.
- Pesakit dan ahli keluarga jangan meninggalkan rumah sehingga sembuh yang lazimnya tujuh hari, tinggal di bilik berasingan serta menjarakkan diri dengan ahli keluarga berisiko sekurang-kurangnya satu meter.
- Jika terpaksa keluar rumah, contohnya bagi mendapatkan rawatan, pesakit dan ahli keluarga perlu memakai penutup mulut dan hidung selain kerap membasuh tangan. Panduan penilaian tahap kesihatan.
- Segera mendapatkan rawatan di hospital jika alami masalah pernafasan seperti sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi lebam atau biru, batuk berdarah atau kahak berdarah.
- Sakit dada berterusan, cirit-birit atau muntah yang kerap, demam berterusan melebihi tiga hari atau demam berulang selepas tiga hari pulih, berkelakuan luar biasa, keliru, kurang responsif terhadap rangsangan atau sawan, pening apabila berdiri dan kurang buang air kecil.
- Individu yang berisiko tinggi ialah kanak-kanak berusia lima tahun, warga emas berusia 65 tahun ke atas, kanak-kanak dan remaja kurang 19 tahun yang mengambil aspirin untuk tempoh rawatan jangka panjang dan wanita hamil.
- Turut berisiko, orang dewasa yang mempunyai penyakit seperti asma, sakit paru-paru kronik, kegagalan fungsi organ, kardiovaskular, penyakit hati, sistem darah, saraf dan gangguan metabolik seperti diabetes.
- Orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai daya ketahanan rendah, termasuk alah kepada ubat tertentu, kanse dan HIV, penghuni pusat penjagaan kesihatan serta fasiliti penjagaan kesihatan kronik serta individu mempunyai berat badan berlebihan.

*Dipetik dari akhbar Harian Metro - 7/8/2009

No comments:

Post a Comment