Monday, November 25, 2013

Program Asyura KRT Bersama JKKK 2013





Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program Bubur Asyura 2013.  Penglibatan tuan-puan dalam menjayakan program ini diucapkan jutaan terima kasih.  Walaupun kita tidak dinobatkan sebagai pemenang tetapi berkat usaha kita bubur asyura kita menjadi pilihan ramai.




Video Klip Program Asyura JKKK Peringkat Daerah Kemaman


Saturday, July 30, 2011

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK 2011





Program tahun ini anjuran Biro Jiran Wanita yang diketuai oleh Pn Rosmidar Mohd Mokhtar dengan kerjasama dari Biro Wanita JKKK Perumahan Panelex diadakan pada 30 Julai 2011 (Sabtu) di Surau Panelex. Bubur tersebut telah diagihkan kepada setiap warga Panelex.

PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIH SURAU PANELEX KERTEH




Program Membersih bangunan dan kawasan Surau Panelex Kerteh sempena ketibaan bulan Ramadhan telah diadakan pada 30 Julai 2011 (Sabtu) dibawah anjuran Biro Jiran Usia Emas yang diketuai oleh En Rusli Hamzah. Pihak yang terlibat dalam program tersebut terdiri dari AJK JKKK Perumahan Panelex, AJK Surau Panelex & juga kariah Surau. Kira-kira 30 orang terlibat dalam program ini. Jamuan tengahari disediakan oleh pihak Biro Jiran Wanita KRT Taman Panelex.