Monday, May 25, 2009

PERKHEMAHAN KANAK-KANAK DAN REMAJA KRT PANELEX 2009.
















Alhamdullillah... Perkhemahan Kanak-Kanak dan Remaja KRT Panelex anjuran Biro Jiran Muda telah berlangsung pada 23 dan 24 April 2009 di Padang Awam Taman Panelex. Pada mulanya pihak penganjur hanya mensasarkan 50 peserta untuk perkhemahan ini tetapi olehkerana sambutan yang amat menggalakkan jumlah penglibatan meningkat kepada 88 orang peserta termasuk 8 peserta yang merayu untuk menyertai pada saat-saat akhir pada sesi pendaftaran hari perkhemahan.

Penglibatan ibubapa peserta dalam membantu para peserta mendiri dan menghias khemah amat teruja, disamping peserta-peserta perkhemahan yang cukup sporting dan berdisiplin menjadikan aktviti berjalan dengan lancar dan sempurna.

Berbagai aktiviti telah dirangka bagi mengisi slot perkhemahan 2 hari satu malam ini. Antaranya adalah aktiviti suaikenal, aktiviti permainan dalam yang berfokus kepada permainan tradisional seperti congkak, batu seremban dan karom. Terdapat juga aktiviti padang seperti galah panjang, ketingting, baling tin dan kunda kundi. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mendedahkan kepada peserta kanak-kanak dan remaja panelex untuk mengetahui bentuk dan bagaimana permainan tradisional ini dimainkan oleh generasi terdahulu agar ianya tidak lekang dek zaman.
Jawatankuasa penganjur merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini.








1 comment:

  1. bangga tengok krt aktif sebegini. good job. keep it up..

    ReplyDelete