Saturday, July 30, 2011

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK 2011





Program tahun ini anjuran Biro Jiran Wanita yang diketuai oleh Pn Rosmidar Mohd Mokhtar dengan kerjasama dari Biro Wanita JKKK Perumahan Panelex diadakan pada 30 Julai 2011 (Sabtu) di Surau Panelex. Bubur tersebut telah diagihkan kepada setiap warga Panelex.

PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIH SURAU PANELEX KERTEH




Program Membersih bangunan dan kawasan Surau Panelex Kerteh sempena ketibaan bulan Ramadhan telah diadakan pada 30 Julai 2011 (Sabtu) dibawah anjuran Biro Jiran Usia Emas yang diketuai oleh En Rusli Hamzah. Pihak yang terlibat dalam program tersebut terdiri dari AJK JKKK Perumahan Panelex, AJK Surau Panelex & juga kariah Surau. Kira-kira 30 orang terlibat dalam program ini. Jamuan tengahari disediakan oleh pihak Biro Jiran Wanita KRT Taman Panelex.

Thursday, July 28, 2011

PROGRAM FAMILY ON ALERT ( CAKNA KELUARGA )






PROGRAM FAMILY ON ALERT ( CAKNA KELUARGA )PADA 26/7/11 DI DEWAN PUSAT AKTIVITI PERPADUAN MAK DAYANG.DIHADIRI SERAMAI 80 ORANG AJK -AJK KRT DAERAH KEMAMAN
PROGRAM KERJASAMA JPNIN KEMAMAN BERSAMA AADK DAERAH KEMAMAN BERSAMA BIRO PENDIDIKAN PERPADUAN KEMAMAN. KRT TAMAN PANELEX TELAH DIWAKILI OLEH BIRO JIRAN WANITA YANG DIKETUAI OLEH PN ROSMIDAR MOHD MOKHTAR.


Friday, July 22, 2011

PERTANDINGAN BOLING PANELEX 2011


























Biro Jiran Usia Emas KRT Taman Panelex Kerteh telah berjaya menganjurkan Pertandingan Boling Tertutup Panelex 2011 pada 21 Julai 2011 di U-bowl, Mesra Mall Kemasik. Seramai 22 pasangan yang terdiri dari warga Panelex menyertainya. Tujuan menganjuran ialah untuk mengeratkan silaturrahim dan nilai kasih sayang dan kekeluargaan dalam diri warga Panelex. Pertandingan terbahagi kepada katogeri berpasangan dan individu. Penyampaian hadiah telah di sempurnakan oleh Pengerusi KRT Taman Panelex En Abdul Rahman Hj Kiprawi.

Katogeri Pasangan:
Johan : En Md Hazli & Pn Maslinda 637 jatuhan pin
N. Johan : En Mohd Kamal & Pn Farhana 543 jatuhan pin
Ketiga : En Kamaruddin & Cik Alia 528 jatuhan pin

Katogeri Individu Lelaki:
Pertama : En Sulyadi 365 jatuhan pin
Kedua : En Hazli 359 jatuhan pin

Katogeri Individu Wanita:
Pertama : Cik Noor Rashiyah 279 jatuhan pin
Kedua : Pn Maslinda 278 jatuhan pin

Hadiah Misteri dimenangi oleh Pn Azura...

Tuesday, July 19, 2011

BERTANDINGAN BOLING TETUTUP KRT TAMAN PANELEX 2011

Pertandingan Boling Tertutup KRT Taman Panelex Kerteh 2011 akan diadakan pada 21 Julai 2011, jam 7.45 malam bertempat di U-Bowl, Mesra Mall Kemasik. Pada tahun ini program tersebut dianjurkan oleh Biro Jiran Usia Emas yang di ketuai oleh sdra. Rusli Hamzah. Format tahun ini pun berlainan iaitu katogeri pasangan. Setiap keluarga hanya boleh diwakili oleh satu pasukan sahaja. Matlamat utama pihak penganjur adalah untuk mengeratkan silaturrahim, kerjasama & kasih sayang dalam keluarga khasnya dan warga Panelex amnya. Pelbagai hadiah disediakan. Jom G Boling............

Wednesday, July 13, 2011

KURSUS JAHITAN MANIK ANJURAN BIRO JIRAN WANITA PADA 8, 9 & 10 JULAI 2011







PROGRAM HI-TEA HARI IBU 2011 ANJURAN BIRO JIRAN WANITA KRT TAMAN PANELEX BERTEMPAT DI KELAB GOLF RANTAU PETRONAS (KGRP) KERTEH PADA 28 MEI 2011



Pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh staf Klinik Kesihatan Kerteh......


Acara pemotong kek oleh tetamu kehormat....


Ketua Jiran Wanita menyampaikan ucapan.......

.
Ibu sedang berkaraoke......


Ketua Jiran Wanita melayan tetamu....

.


Sebahagian daripada ibu-ibu yang hadir.....

.
Penyampaian hadiah cabutan bertuah oleh isteri Pengerusi KRT.....Pn Zuridah