Monday, July 26, 2010

PROGRAM BULAN SHA'BAN 1431H

Insya Allah, KRT Taman Panelex Kerteh akan mengadakan dua program sempena bulan Sha'ban seperti berikut

1.TAHLIL PERDANA bertarikh 06 Ogos 2010, bertempat di Surau Panelex.
2.MEMASAK BUBUR LAMBUK bertarikh 10 Ogos 2010, bertempat di 451, Lorong Sepakat 8, Taman Panelex.

Sunday, July 4, 2010

KEJOHANAN BOLING TERTUTUP KRT TAMAN PANELEX 2010

Satu Kejohanan Boling Tertutup KRT Taman Panelex 2010 anjuran Biro Jiran Muda telah diadakan pada 15 Jun 2010 bertempat di U-Bowl, Mesra Mall Kerteh. Kejohanan tersebut telah di bahagi kepada 2 katogeri; Lelalki dan Wanita. Sambutan amatlah mengalakkan, seramai 25 orang peserta lelaki dan 16 orang peserta wanita. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Penghulu Kanan En Rosdi Menong.












AL-FATIHAH

AL-FATIHAH... ALLLAHYARHAM EN MOHAMAD BIN ABDULLAH (TIMBALAN PENGERUSI KRT TAMAN PANELEX KERTEH) TELAH KEMBALI KE RAHMATURLAH PADA 03 JULAI 2010...SEMOGA ROH NYA DI RAHMATI ALLAH S.W.T......

Saturday, May 8, 2010

AL-FATIHAH

KAMI WARGA KERJA KRT PANELEX & JUGA SEMUA PENGHUNI TAMAN PANELEX MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA EN AZHAN BIN ABDULLAH (AJK KRT TMN PANELEX) DAN PUAN WAN ROSNANI (AJK BIRO JIRAN WANITA) ATAS KEMBALINYA AYAHNDA DAN BAPA MERTUA RAHMATULLAH PADA 07 MEI 2010. SEMOGA ROHNYA BELIAU DICUCURI RAHMAT DAN SAMA-SAMALAH KITA HADIAH/SEDEKAHKAN AL-FATIHAH.....

Saturday, February 6, 2010

Kursus Motivasi & Reformasi Minda AJK KRT Daerah Kemaman (05 - 06 Februari 2010)


















Satu Kursus Motivasi & Reformasi Minda AJK KRT Daerah Kemaman diadakan di AmanSari Beach Resort, Tg Lumpur, Kuantan, Pahang pada 05 - 06 Februari 2010.
Objektif kursus adalah
- Memberi kefahaman tentang kaedah kepimpinan & kepengurusan yang terbaik.
- Membuka minda & mengasuh peserta tentang kaedah-kaedah memimpin organisasi, merancang (perancangan strategik), menyelesaikan masalah, berkomunikasi secara berkesan, perlaksanaan strategi & penilaian dalam konteks kaedah yang KONTEMPORARI & BERKESAN
- Mendedahkan kepentingan kerjasama pasukan (teamwork) dengan latihan praktikal "teambuilding": ("Forming - Sorming - Norming - Performing")
- Mengeratkan silaturrahim di kalangan Pengerusi KRT dan Pengerusi Jiran Wanita di daerah Kemaman
- Mewujudkan perasaan kasih sayang di kalangan Pengerusi dan Jawatankuasa Rukun Tetangga Daerah Kemaman.

Facilitator untuk kursus tersebut terdiri dari En Idhar & Tn Hj Annuar dari MDE Solution.

Kertas kursus yang dibentangkan
- Pelan Strategik
- Kepimpinan Unggul (Definisi: Ciri-ciri Skil)
- Budaya, Sikap & Komunikasi

Setiap topik yang dibentang disertakan dengan permainan pengurusan & refleksi.

Peserta di bahagi kepada 4 kumpulan dimana setiap kumpulan dikehendaki membentangkan setiap topik yang dibentang secara berkumpulan.

Majlis penutupan rasmi kursus telah disempurnakan oleh En Hussin Bin Sedik (Timbalan Pengarah JPNIN Negeri Terengganu.

Harapan: Setelah tamat kursus, peserta dapatlah mempraktikkan ilmu yang diperolehi di KRT masing-masing.